ADD MATH FUN QUIZ
Tarikh : 5 Julai 2019
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Seminar, SMK Syed Sirajuddin, Perlis
Masa : 3.00 petang sehingga 5.00 petang
Kelolaan Oleh : Panitia Matematik Tambahan SMK Syed Sirajuddin
Penyelaras : Pn Rosidawati Darus & Cik Ng Sok Hooi (Guru Matematik Tambahan SMK Syed Sirajuddin)
Penglibatan : Pelajar Tingkatan 4A, 4 Sains, 5A dan 5 Sains (35/45 orang hadir)
Sempena Bulan STEM 2019, panitia Matematik Tambahan telah mengadakan aktiviti Add Math Fun Quiz yang bertujuan untuk meningkatkan minat para pelajar menguasai topik-topik Tingkatan 4 yang telah mereka pelajari. Objektif kuiz adalah bertujuan untuk memujuk kerjasama pelajar antara rakan sebaya disamping menambahkan minat dalam mempelajari subjek Matematik Tambahan, mengaitkan kaitan pembelajaran dengan kehidupan harian, mengaplikasikan hasil pembelajaran mereka dalam menjawab soalan KBAT dengan memberi teknik penyelesaian yang terbaik melalui perbincangan secara berkumpulan dan menyediakan diri dalam menghadapi cabaran abad ke-21.
Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diminta menyelesaikan soalan berbentuk masalah dalam masa yang ditetapkan dan kumpulan yang pertama dapat menyelesaikan masalah, akan disemak penyelesaiannya. Sekiranya penyelesaiannya betul, kumpulan tersebut akan tampil ke hadapan dan menerangkan jawapan mereka kepada semua kumpulan.