Gula Perlis Open Chess Challenge 2015

 

 

 

Seramai 7 orang pelajar SEMSIRA telah mewakili sekolah untuk pertandingan chess terbuka Gula Chess Open Challenge 2015 di Hotel Putra Palace. Walaupun tidak dinobatkan sebagai 10 pemenang pertama, para pelajar telah menunjukkan kegigihan masing-masing untuk mengalahkan pihak lawan disamping memperolehi pengalaman baru bertanding dalam pertandingan catur terbuka. Pertandingan Chess terbuka ini diadakan pada 4 Mei 2015(Isnin) dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.