Hari Anugerah Kecemerlangan & Hari Kantin 2016 telah dijalankan pada 19 April 2016 ( Selasa) bersamaan 11 Rejab 1437 Hijrah. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa di kaunter-kaunter yang disediakan, diikuti dengan pukulan kompang yang dimainkan oleh ahli kelab kompang yang diiringi dengan bunga manggar untuk menyambut ketibaan tetamu Jemputan VVIP iaitu Tuan Mohamed Ali bin Abu Salihu, Pengarah Urusan ARR Sunnah Management. Para jemputan disajikan dengan persembahan silat oleh ahli silat Semsira. Seterusnya, para jemputan, ibubapa, guru dan pelajar menyanyikan lagu Negaraku. Tuan Mohamed Ali diiringi oleh Tuan Pengetua dan Pk Pentadbiran membuat pemeriksaan perbarisan dan menerima Tabik Hormat daripada Unit-Unit Beruniform SMK Syed Sirajuddin. Seterusnya, Tuan Mohamed Ali berbesar hati menjalankan majlis Perasmian Laman Dataran dengan memotong riben di pondok Ilmu yang dibina oleh para guru Semsira.
Majlis diteruskan dengan kata alu-aluan oleh pengacara Majlis, bacaan doa oleh Ustaz Roslan Shafie, ucapan Tuan Pengetua Smk Syed Sirajuddin, ucapan perasmian oleh Tetamu VVIP, penyampaian anugerah kecemerlangan sekolah yang diselangseli dengan persembahan pelajar, penyerahan slip keputusan peperiksaan (Ujian 1) di dewan Tertutup dan diakhiri dengan jamuan ringan.
Gerai jualan dan keusahawanan juga telah berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang di Kantin sekolah.