Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Penetapan Target, Hari Kokurikulum & Hari Kantin 2015

 

Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan pada 22 April 2015 (Rabu) di Dewan Merdeka SMK Syed Sirajuddin  dan dirasmikan oleh  Tn. Hj Roslee bin Hj. Ismail, Tuan Pengarah Pendidikan Perlis. Selain daripada majlis Hari Anugerah kecemerlangan, diadakan Hari Penetapan Target, Hari Kokurikulum dan Hari Kantin pada hari yang sama yang bermula dari jam 8.00 pagi.

Setibanya Tuan Pengarah di dewan terbuka, beliau telah disambut dengan paluan kompang dan diikuti dengan persembahan silat daripada ahli-ahli kelab silat Semsira. Seterusnya, beliau membuat pemeriksaan perbarisan dan menerima tabik hormat daripada unit-unit beruniform SMK Syed Sirajuddin.  Kemudian diikuti dengan aluan Pengacara Majlis Perasmian, bacaan doa, ucapan Tuan Pengetua, Lafaz ikrar Penetapan Target, Gimik Penetapan Target, Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengarah. Majlis diteruskan dengan Penyampaianan anugerah kecemerlangan sekolah, perasmian “LALUAN ILMU’. Akhirnya, tandatangan kad kemajuan, laporan pelajar dan target pelajar.

Sementara majlis perasmian anugerah kecemerlangan diadakan di Dewan Merdeka,  Hari kokurilum dan Hari Kantin juga berlangsung pada masa yang sama di kantin sekolah. Pelbagai makanan dan minuman dijual dan setiap pembeli perlu menyerahkan kupon untuk tujuan pembelian.

Berdekatan Dewan Terbuka pula, telah diadakan pameran Organisasi, IPT, Jabatan Kerajaan, Perniagaan dan Swasta.

Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.