Carta Organisasi Unit Kurikulum

kuri-carta-2017

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED SIRAJUDDIN, JEJAWI
02600 ARAU, PERLIS.

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1.  Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling – pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai diakhir setiap penggal bagi tiap tingkatan.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang dikemaskinikan dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang di ajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberi kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan mengajar dan memulangkannya secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Merekod soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
7. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan /bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru Mata Pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran dan PPD.
10. Memastikan keselamatan murid di makmal / bengkel KH / bengkel ERT serta mengawasi penggunaan peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Jabatan Pelajaran dan JPN. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meningkatkan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Melaporkan kepada guru kanan mata pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan dan memastikan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambah Alat Bantu Mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mengadakan sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan dan koleksi soalan.
17. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
18. Bekerja sebagai “Team player”.

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED SIRAJUDDIN, JEJAWI
02600 ARAU, PERLIS.

BIDANG TUGAS KETUA PANITIA

1. KURIKULUM
1.1 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini.
1.2 Penyediaan dan penyelarasan rancangan pengajaran tahunan.
1.3 Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Kepelbagaian teknik mengajar.
1.5 Kepelbagaian program pengayaan dan pemulihan.
1.6 Penggunaan BBM dalam P&P.
1.7 Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia.
1.8 Memperbanyakkan koleksi BBM yang dibeli.
1.9 Menyelaras soalan ujian bulanan dan soalan peperiksaan penggal.
1.10 “Post mortem” dan tindakan susulan peperiksaan.
1.11 Menyemak buku latihan pelajar.
1.12 Memberi kursus dalaman.
1.13 Bimbingan untuk ahli panitia baru.
1.14 Pelaksanaan program khas –KBKK.

2. PENGURUSAN

2.1 Pemilihan buku teks dan buku rujukan.
2.2 Pencerapan guru.
2.3 Mesyuarat panitia.
2.4 Pengajaran berpasukan.
2.5 Mengurus jadual guru ganti.
2.6 Mengadakan kursus dalaman.
2.7 Pemantauan aktiviti panitia.
2.8 Mengadakan mesyuarat berkala dan “post mortem” keputusan peperiksaan.
2.9 Penyediaan dan pengawalan belanjawan.
2.10 Pengawalan stok dan inventori.
2.11 Penyeliaan kerja kursus pelajar.
2.12 Menyelenggarakan fail panitia, minit mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod berkenaan panitia.

3. KOKURIKULUM

3.1 Melaksanakan program persatuan akademik.
3.2 Menyertai pertandingan berkaitan panitia.
3.3 Program Lawatan sambil belajar.
3.4 Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas.
3.5 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah.

4. TUGAS-TUGAS LAIN

4.1 Mewujudkan kerjasama dengan ketua panitia sekolah lain, PKG,PPD dan PSPN.
4.2 Mengemaskini data bilik gerakan sekolah.
4.3 Menyediakan senarai semak ketua panitia.

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED SIRAJUDDIN, JEJAWI
02600 ARAU, PERLIS.

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU CEMERLANG SEMUA GRED

Guru Cemerlang (GC) didefinisikan sebagai seorang “guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran” (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 27 September 2005 Surat Siaran Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Bukan Siswazah Gred DGA 32(KUP) dan Gred 34 (KUP).
Dalam usaha untuk memantapkan lagi tugas dan tanggungjawab guru cemerlang (GC), panduan berikut telah dihasilkan oleh Jemaah Nazir Sekolah untuk rujukan semua pihak yang mempunyai kepentingan terhadap perkhidmatan Guru Cemerlang. Seorang GC hendaklah :

1. Mempunyai kecemerlangan peribadi yang terserlah dengan mempunyai sikap terbuka, sedia berkongsi, bertanggungjawab, bertimbangrasa, telus dalam melaksanakan tugas dan sentiasa amanah;

2. Mempunyai pengetahuan tinggi dan berkemahiran pengajaran dan pembelajaran yang boleh diteladani oleh guru dan murid, bijak mengurus masa, bahan sumber dan maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dikumpul dari pelbagai sumber rujukan;

3. Menerima bilangan waktu mengajar mengikut keperluan sekolah sebagai cabaran untuk mempamerkan kemahiran mengurus masa dengan bijak di samping membina vahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelbagai tahap kebolehan dan pengetahuan murid;

4. Meningkatkan hasil pembelajaran di sekolah masing-masing menerusi peningkatan minat dan penglibatan murid, peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan murid dan pandai menyediakan program susulan bagi mereka jika perlu;

5. Melibatkan diri sepenuhnya dengan aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah demi untuk membangunkan prestasi murid dan guru di sekolah di mana GC sedang berkhidmat.

6. Memberi prioriti kepada usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme rakan guru di sekolah masing-masing melalui program pembangunan staf yang diatur dan dilaksanakan oleh GC sekurang-kurangnya 1 hari seminggu dengan persetujuan pihak pengurusan sekolah.

7. Menerima tugas sebagi pemimpin Panitia Mata pelajaran sebagai peluang untuk mempengaruhi pengurusan dan pentadbiran mata pelajaran berkenaan dalam usaha untuk mengoptimumkan kepakaran guru dan membangunkan prestasi murid secara keseluruhan;

8. Menerima undangan daripada agensi pendidikan atau agensi lain daripada sekolah masing-masing dengan bijak supaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terjejas. Bagi GC gred DG 48 (KUP) ke atas, undangan daripada pihak lain perlu dilihat dari perspektif nilai ganda kepada prestasi murid di bilik darjah. Kelas ganti hendaklah dilaksanakan sebelum atau selepas penerimaan undangan tersebut. GC gred DG 44 (KUP) ke bawah dikehendaki lebih banyak masa di peringkat sekolah;

9. Menjalankan kajian di peringkat kelas dan sekolah dan berkongsi dapatan dan maklum balas dengan guru yang lain supaya tindakan susulan, jika perlu, dibuat bersama demi kebaikan sekolah;

10. Menghasilkan inovasi pedagogi yang berkesan dan diguna pakai oleh warga pendidik di sekolah.

11. Menyumbang penulisan ilmiah kepada jurnal pendidikan berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan pendidikan semasa.

Jemaah Nazir Sekolah
Kementeria Pelajaran Malaysia
27 Disember 2005