Kejohanan Balapan dan Padang Tahun 2016

 

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-38 telah berlangsung bermula pada 23 Februari 2016 sehingga 25 Februari 2016 (Selasa – Khamis) di Pavilion SMK Syed Sirajuddin. 

Pada 23 Februari 2016, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, perbarisan Lintas Hormat yang terdiri daripada pasukan badan beruniform dan rumah sukan, upacara menaikkan bendera kejohanan, ikrar kejohanan, Ucapan perasmian kejohanan oleh YDP PIBG Encik Tajudin Bin Zin (PJB), persembahan ular, persembahan silat, persembahan tae kwando, kontingen perbarisan bergerak keluar dan diakhiri dengan acara kejohanan balapan dan padang.

Kejohanan balapan dan padang diteruskan pada 24 Februari 2016. Di antara acara yang dijalankan adalah lontar peluru(akhir Lelaki kelas 1), 400 meter (saringan semua kelas) dan acara pendidikan khas.

Pada 25 Februari 2016, diadakan majlis perasmian penutup kejohanan balapan dan padang. Majlis bermula pada jam 4.30 petang dengan perbarisan masuk kontinjen (pasukan beruniform dan rumah sukan), acara tarik tali antara rumah-rumah sukan, acara pegawai, upacara penyampaian hadiah, dan ucapan perasmian Penutup kejohanan oleh Tuan Pengetua SMK Syed Sirajuddin.

Secara keseluruhannya, rumah Bendahara telah menjuarai kejohanan balapan dan padang pada tahun ini. Semoga pada tahun hadapan, rumah-rumah sukan yang lain akan turut menjuarai kejohanan balapan dan padang.