Kejohanan Catur MSSPs 2016
LAPORAN PENYERTAAN PELAJAR SEMSIRA KE KEJOHANAN CATUR MSSPs 2016
Pada 2, 3, dan 4 Ogos 2016 (Selasa, Rabu dan Khamis) seramai 8 orang pelajar SEMSIRA telah menyertai Kejohanan Catur MSSPs 2016 yang diadakan di Dewan SMK Putra, Kangar, Perlis. 3 daripadanya menyertai kategori lelaki bawah 18 tahun, 2 orang pelajar menyertai kategori perempuan bawah 18 tahun dan 3 orang lagi menyertai kategori lelaki bawah 15 tahun. Dalam kejohanan catur MSSPs, semua pelajar perlu menghabiskan 7 pusingan perlawanan yang bermula dengan 2 pusingan pada 2 Ogos 2016, 3 pusingan pada 3 Ogos 2016 dan 2 pusingan pada 4 Ogos 2016. Penyampaian hadiah telah dijalankan pada 4 Ogos 2016 dimana pelajar Semsira, Muhammad Hazim bin Mohd Khadri telah mendapat tempat ke tujuh bagi 10 pemain terbaik bagi kategori lelaki bawah 15 tahun. Beliau telah diberikan sijil penghargaan dan medal.
Kesemua pemain telah menunjukkan kegigihan masing-masing dalam mengalahkan pihak lawan. Di harap pada masa hadapan peserta dari SEMSIRA memperolehi kedudukan pertama sehingga keenam yang akan melayakkan mereka mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan .
Berikut merupakan senarai nama pelajar yang menyertai Kejohanan Catur MSSPs 2016 dan jadual perlawanan.
BIL | NAMA | TINGKATAN |
1 | MUHAMMAD HAFIZ SYAZWAN BIN MOHD ROSLI | 2 KPG |
2 | MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD KHADRI | 2 KPG |
3 | MUHD FAEZAN BIN A. ARIFF | 2 CEKAL |
4 | LEE CHI XIANG | 5 ARIF |
5 | MUHAMMAD AKIL BIN MOHD AZAM | 4 SAINS |
6 | MUHAMMAD ASYRAAF BIN BAJURI | 4 SAINS |
7 | ZAINIL NOORUL AINAA BINTI AZHARUL AMIN | 4 ARIF |
8 | NURBATRISYIA AFZA BT JUNAIDI | 4 ARIF |
Jadual Kejohanan Catur MSSPs 2016
Tarikh /Hari | Masa | Pusingan
|
2 Ogos 2016
(Selasa) |
2.20 – 3.00 petang | Pendaftaran |
3.00- 4.20 petang | Pusingan 1 | |
4.30 – 5.50 petang | Pusingan 2 | |
3 Ogos 2016
(Rabu) |
2.20 – 3.40 petang | Pusingan 3 |
3.45- 5.05 petang | Pusingan 4 | |
5.10 – 6.30 petang | Pusingan 5 | |
4 Ogos 2016
(Khamis) |
2.20 – 3.40 petang | Pusingan 1 |
3.50- 5.10 petang | Pusingan 2 | |
5.30 petang | Majlis penutup & penyampaian hadiah
|
Disediakan oleh,
Pn Rosidawati Binti Darus
(Guru Penasihat Kelab Catur)
GAMBAR-GAMBAR SEMASA KEJOHANAN CATUR MSSPs 2016 DI DEWAN SMK PUTRA