Kejohanan Catur Terbuka Semsira Siri 1/ 2018

Kejohanan catur terbuka Semsira siri 1/ 2018 telah diadakan pada 3 Februari 2018 ( Sabtu) di Bilik Seminar SMK Syed Sirajuddin bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengahari. Perlawanan catur disertai oleh 25 pelajar yang terdiri majoritinya daripada ahli kelab catur Semsira 2018. Semua peserta perlu menghabiskan perlawanan sebanyak 5 pusinga. Hadiah dan sijil penghargaan diberikan kepada pemenang tempat pertama sehingga tempat keenam. Sijil penyertaan juga diberikan kepada semua pelajar yang menyertai kejohanan ini.  Kejohanan catur ini bertujuan untuk menarik ramai pelajar menyertai sukan catur disamping menimba pengalaman menyertai Kejohanan catur secara “real” meskipun ramai pelajar tidak pernah mewakili mana-mana kejohanan catur sebelum ini.