Khemah Ibadat SMK Syed Sirajuddin 2013

 

 

 

         Program Khemah Ibadat merupakan sebahagian daripada Program Selepas PMR, anjuran Panitia Pendidikan Islam.   Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan solat sebagai tiang agama, di samping mendidik mereka mengimarahkan surau di waktu terluang. Pelajar juga diajar cara menyempurnakan ibadat solat fardu dan sunat secara sempurna, cara menyempurnakan Thoharah dengan sempurna meliputi perkara Wuduk, Istinjak, dan mandi wajib.  Pelajar juga dapat memahami konsep sembelihan menurut Islam serta kepentingannya dalam kehidupan seharian.

          Program ini telah dijalankan pada 18 Oktober 2013 bermula dengan pendaftaran pelajar, dan makan malam. Kemudian, para pelajar diberi sedikit taklimat program dan keselamatan pelajar oleh En. Nurul Izad selaku Kem Komanden.  Seterusnya, para pelajar mengerjakan solat Maghrib berjemaah, disusuli dengan bacaan Yaasin.  Setelah mengerjakan solat Isyak berjemaah, program Tahsin Al-Quran dijalankan. Para pelajar diarahkan untuk membaca Al-Quran dan dipantau oleh ustaz dan para ustazah. Para pelajar diberikan “supper” sebagai aktiviti terakhir pada malam tersebut.

        Program ini diteruskan pada 19 Oktober 2013 dengan Solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Tasbih dan Witir pada jam 4.30 pagi. Seterusnya diikuti dengan Solat Subuh berjemaah, Tazkirah dan sarapan pagi. Program sembelihan dijalankan pada jam 8.00 pagi berdekatan dengan surau An Najah. Sebanyak 15 ekor ayam disembelih oleh En. Mohamad Nasir bin Abdul Mutalib, En. Muhammad Fardi bin Ishak dan beberapa orang pelajar. Sementara menunggu ayam diproses untuk dimasak, AJK Memasak menjalankan aktiviti penyediaan makanan tengahari.  Menu yang disediakan ialah nasi putih, ikan kering goreng, telur dadar, ulam-ulaman dan sambal “air asam”.

        Di surau An- Najah pula, telah berlangsung aktiviti hafazan yang dikendalikan oleh Ustazah Bassariah bt Din, Ustazah Anishah bt Khamis, dan Ustazah Hassarina bt Hassan.

        Program diakhiri dengan Jamuan tengahari dan solat Zohor berjemaah.