KUIZ KIMIA KEBANGSAAN MALAYSIA 2019

KUIZ KIMIA KEBANGSAAN MALAYSIA 2019
PANITIA KIMIA
JABATAN SAINS MATEMATIK

Tarikh : 18 JULAI 2019
Masa :10.00 – 11.20 PAGI
Tempat : BILIK SEMINAR

Kelolaan Oleh   : Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Panitia Kimia SMK Syed Sirajuddin

Penyelaras         : En. Nurul Izad Bin Ali dan En. Jasmansyah Bin Che Lah (Guru Kimia SMK Syed Sirajuddin)

Penglibatan       : 17 orang pelajar (Tingkatan 4 Sains : 8 orang dan Tingkatan 5 Sains : 9 orang)

 

Bersempena Bulan STEM 2019, Panitia Kimia telah mengadakan Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) sebagai satu ujian bertulis untuk menguji kefahaman dalam ilmu Kimia di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kuiz ini merupakan kuiz Kimia tahunan yang dianjurkan oleh Institut Kimia Malaysia (IKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kuiz ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah atas dan Pra Universiti di Malaysia. Kuiz ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi, hari Khamis yang ketiga bulan Julai setiap tahun di sekolah yang mengambil bahagian. Pada tahun ini, kuiz ini telah diadakan pada 18 Julai 2019.

Objektif kuiz ini adalah seperti berikut :

  • Menguji tahap kefahaman dalam ilmu Kimia dikalangan pelajar sekolah menengah;
  • Menimbulkan minat pelajar peringkat sekolah menengah atas dan Pra Universiti terhadap Kimia;
  • Memajukan pendidikan Kimia di sekolah; dan
  • Memilih pelajar Kimia yang terbaik untuk mengambil bahagian dalam International Chemistry Olympiad (IChO).

Kuiz ini mengandungi 40 soalan objektif; soalan adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Aras Asas dan Bahasa Inggeris sahaja bagi Aras Lanjutan. Pelajar dikehendaki menjawab kesemua soalan ini dalam masa satu jam dan dua puluh minit dengan menggunakan borang jawapan (OMR) yang dibekalkan.

Setiap pelajar yang menyertai kuiz ini dikehendaki membayar kos pentadbiran sebanyak RM10.00.

Yuran penyertaan ini membolehkan pelajar :

  • Menyertai kuiz pada masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan;
  • Mendapatkan skrip jawapan mereka diperiksa; dan
  • Menerima sijil penyertaan.

 

 

Semua peserta K3M akan diberikan Sijil Penyertaan K3M. Bagi pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diberikan sijil tambahan mengikut gred iaitu Merit, Kepujian atau Cemerlang. Pelajar yang mendapat markah tertinggi dari setiap aras akan dijemput menghadiri Malam Kimia 2019 untuk menerima sijil Top Scorer Award dan hadiah wang tuai berjumlah RM500 setiap seorang. Pelajar yang memperoleh markah tertinggi akan dipilih untuk menyertai program latihan untuk mengambil bahagian dalam International Chemistry Olympiad (IChO) pada tahun berikutnya.