Kursus Kepimpinan Pengawas pertama kali diadakan pada 19 dan 20 April 2014, bertempat di SMK Syed Sirajuddin. Seramai 97 daripada 107 pelajar menghadiri kursus tersebut. Kursus dimulakan dengan penerangan daripada Pn. Rosidawati berkaitan ciri-ciri dan kualiti pemimpin dan tugasan para pengawas berdasarkan jadual yang diberi. Seterusnya, diikuti dengan slot ceramah daripada ASP Azmi bin Hamid dan diakhiri dengan slot pengucapan awam yang dikendalikan oleh En. Zulkhairi dari SMK Abi. pada 19 April. Pada 20 April, kursus diteruskan dengan slot etika dan protokol pengacara majlis daripada Pn. Rosnizaira, ceramah disiplin oleh En. Amran dan majlis penyampaian sijil penyertaan dan penutup kursus oleh Tn. Pengetua.
