Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang dan Mentor Mantee 2016

 

             Program Mentor Mentee dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah. Program ini berfungsi sebagai satu medium pengawalan dan penyeliaan kualiti pendidikan di kalangan pelajar di sekolah dimana ia menjurus kepada menjana kecemerlangan pelajar secara keseluruhannya.
             Objektif program ini adalah membimbing pelajar agar menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat, mewujudkan budaya yang ‘caring’ di kalangan pelajar dan guru dengan menerapkan sifat bertolak ansur serta saling percaya mempercayai antara satu sama lain, membantu pelajar mengenali potensi diri dan memperkembangkan ke arah mencapai hasrat “ Modal Insan”, berusaha mempertingkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum, dan guru dan pelajar bekerjasama untuk mempertingkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.
             Pelancaran program Sekolah Penyayang dan Mentor Mentee telah dijalankan pada 1 Februari 2016 (Isnin) di Dataran Patriotik SMK Syed Sirajuddin. Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar dan Ucapan Perasmian Pelancaran oleh Tn Hj Rosli bin Derani, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
             Program diteruskan dengan gimik pelancaran dan berakhir dengan penyerahan Modul Mentor Mentee kepada semua mentor.