Majlis Pelantikan Pengawas SMK Syed Sirajuddin 2014 telah diadakan pada 18 Februari 2014, jam 7.30 pagi di Dataran Patriotik Semsira. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan ucapan dari Tuan Pengetua Smk Syed Sirajuddin. Majlis dirasmikan oleh ASP Sarih Bin Salleh , Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Arau, Perlis. Seramai 108 orang pengawas menerima watikah pelantikan daripada beliau. Ketua Pengawas bagi tahun 2014 ialah saudara Muhammad Ramzi bin Rosli dari Tingkatan 6 Atas 2 manakala Penolong Ketua Pengawas bagi tahun 2014 pula ialah saudari Balqis bt Abdul Razi dari Tingkatan 6 Atas 1. Majis diteruskan dengan bacaan ikrar pengawas yang dipimpin oleh saudara Muhammad Ramzi. Majlis tamat pada jam 9 pagi .