Majlis penyerahan slip keputusan PT3 2016, PBS, PAJSK, SEGAK dan Psikometrik telah diadakan pada 19 Disember 2016 ( Isnin) bertempat di Dewan Terbuka SMK Syed Sirajuddin bermula dari jam 9.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, Bacaan doa, Ucapan PK Pentadbiran dan diikuti dengan penyerahan slip keputusan PT3 bersama-sama dengan slip PBS, PAJSK, SEGAK dan Psikometrik. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.
