Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, telah diadakan pada 1Julai 2016 ( Jumaat) bermula dari 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Majlis bermula dengan perarakan guru-guru ke tapak perhimpunan dengan diiringi paluan kompang, nyanyian Negaraku, ucapan aluan Pengerusi Majlis, bacaan doa oleh Ustaz Roslan, ucapan wakil pelajar, ucapan YDP PIBG, ucapan Tuan Pengetua, ucapan yang diraikan Encik Ahmad Mahiyidin, persembahan, penyampaian hadiah daripada kelas-kelas, persembahan, penyampaian hadiah dari Unit-unit, bersalam-salaman dan bergambar, “Punch card terakhir dan diakhiri dengan perarakan ke rumah Ahmad Mahiyidin bin Mohamad