Majlis Persaraan Puan Noraini Binti Mohd Noor-29 Mei 2015

 

 

 

Majlis Persaraan Puan Noraini binti Mohd Noor telah diadakan pada 29 Mei 2015(Jumaat) bersamaan 11 Syaaban 1436H. Majlis bermula dengan perarakan guru-guru mengiringi Puan Noraini dari kantin Semsira ke Dataran Patriotik. Paluan kompang oleh para pelajar kelab kompang memeriahkan lagi perarakan tersebut. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengacara majlis, Pn Shaharom Saad diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Roslan. Seterusnya diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua, En Hakimi bin Abas, ucapan guru yang dirai, Pn Noraini binti Mohd Noor, pemberian hadiah oleh para pelajar dan para guru kepada Pn. Noraini,  diselangselikan dengan persembahan guru dan pelajar .