Selamat Bersara Cikgu Hakimi Bin Abas. 1 Nov 2013- 1 Jan 2020.
Seluruh warga SEMSIRA mengagumi keperibadian cikgu, Amanah dalam bekerja, lembut dalam tutur bicara, positif dalam menghadapi pelbagai situasi, mementingkan budibicara dalam menyelesaikan masalah serta sentiasa mahukan kecemerlangan buat anak-anak SEMSIRA serta seluruh warga SEMSIRA. Doa kami semoga Allah rahmati, lindungi, kurniakan cikgu kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, kebahagiaan bersama-sama ahli keluarga serta sahabat handai sepanjang persaraan cikgu. Sekali bergelar CIKGU selamanya kekal dengan panggilan CIKGU. Terima Kasih Cikgu. Warga SEMSIRA sayang cikgu.