MAJLIS REDA ILMU PELAJAR SPM TAHUN 2013
TARIKH : 1 NOVEMBER 2013
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN MERDEKA
Majlis Reda Ilmu untuk pelajar SPM telah diadakan pada hari Jumaat, 1 November 2013, bertempat di Dewan Merdeka. Majlis dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula pada 6 November 2013 sehingga 5 Disember 2013. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Roslan, diikuti dengan penerangan berkaitan peperiksaan daripada penyelaras Peperiksaan SPM serta guru-guru matapelajaran. Majlis juga turut dihadiri oleh Tuan Pengetua Baru, En. Hakimi Bin Abas.