Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2016, Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Kayuhan Sehati Sejiwa dan Program 1 Meter Sehati Sejiwa 2016 merupakan 4 program Bulan Kemanusiaan di bawah Jabatan Kemanusiaan. Semua program telah dijalankan pada hari yang sama iaitu 30 Ogos 2016 (Selasa) bermula dari jam 7.40 pagi sehingga jam 2.45 petang. Program disertai oleh para pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6. Program dimulakan dengan majlis sambutan Hari Kemerdekaan, diikuti dengan deklamasi sajak kemerdekaan, Kayuhan Sehati Sejiwa dan program 1 Meter Sehati Sejiwa.