Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435h Smk Syed Sirajuddin telah disambut pada 8 Ogos 2014 (Jumaat). Majlis bermula pada jam 7.40 pagi di Tapak Perhimpunan dengan bacaan Yassin dan Taklimat Mengenai Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, diikuti dengan ceramah “Sambutan Aidilfitri” anjuran Panitia Pendidikan Islam & Panitia Pendidikan Moral. Majlis diteruskan dengan Persembahan dari Guru dan Pelajar, Jamuan Makan untuk pelajar di Kantin sekolah dan Jamuan Guru di Dewan Terbuka. Pada Jam 11 pagi, semua pelajar bergotong royong membersihkan kawasan kantin. Majlis tamat pada jam 12 tengahari.
