Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 Tahun 2017

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 telah diadakan pada 10 Mac 2017 (Jumaat) di Dewan Terbuka SMK Syed Sirajuddin. Mesyuarat dimulakan dengan pendaftaran ibubapa seawal jam 2.30 petang, diikuti dengan bacaan doa, ucapan pengerusi PIBG 2015/2016, ucapan Tuan Pengetua dan ucapan serta perasmian oleh wakil Dato’ Seri Dr Shahidan bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat PIBG disambung semula selepas sesi jamuan selesai  sehingga tamatnya mesyuarat.