Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2017 telah dijalankan pada 3 Januari 2017 sehingga 5 Januari 2017 (Selasa sehingga Khamis). Pada hari pertama, para pelajar Tingkatan 1 telah diberi taklimat berkaitan Minggu Orientasi yang disampaikan oleh Guru Kanan, taklimat Pusat Sumber oleh Puan Hafidzah binti Mat Saad, taklimat RPT oleh Puan Rusnita bt Rafee, taklimat biasiswa oleh Puan Bt Walid dan taklimat penataran PBS oleh Puan Rosidawati binti Darus. Seterusnya, para pelajar juga telah dibawa melawat ke Bilik-bilik Khas oleh penyelaras Tingkatan 1 dan guru PdP diikuti dengan Nyanyian Lagu Sekolah yang dipimpin oleh En Razali bin Tajuddin. Program pada hari pertama diakhiri dengan LDK Bersama Kaunselor.
Pada 4 Januari 2017, program orientasi pelajar Tingkatan 1 telah dimulakan dengan Slot Ice Breaking, taklimat Koperasi oleh Puan Norsyalira binti Ramli, taklimat ASL oleh Puan Suriani binti Ahmad, taklimat pentadbiran oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Nasir bin Abd Mutalllip, taklimat HEM & Disiplin oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Ahmad Shakri bin Hashim dan Guru Disiplin, Encik Jasmanshah bin Che Lah, taklimat kokurikulum oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hamisah binti Hamid, Amanat dari Tuan Pengetua, Encik Hakimi bin Abas, slot motivasi oleh Kaunselor dan diakhiri dengan program Jom Solat.
Pada hari terakhir, para pelajar telah diagihkan mengikut kelas oleh Penyelaras Tingkatan 1, Cik Madiha binti Hj Abdullah dan Encik Ahmad Yusof bin Salleh. Program diteruskan dengan taklimat pengagihan buku teks oleh Cik Siti Ruzanna binti Zolkiflee dan diakhiri dengan pengurusan bilik darjah bersama guru Tingkatan.