PCCST Academic Festival and Science Fair 2015 – 7 January 2016

 

 

Pada 7 Januari 2016, SMK Syed Sirajuddin telah menyertai Festival Sains dan Akademik di Princess Chulaborn College Satun, Thailand. Festival ini telah disertai oleh negara kita Malaysia, Tuan Rumah Thailand dan Indonesia. Malaysia telah menghantar penyertaan dalam kategori sekolah berasrama penuh.  Justeru, sekolah kita amat bertuah sekali kerana diberi penghormatan untuk bertanding dalam kalangan sekolah-sekolah yang hebat pencapaian akademiknya. Dan yang lebih dibanggakan ialah penyertaan sekolah kita tidak sia-sia kerana membuahkan hasil meskipun beradu minda dengan pelajar-pelajar dari sekolah berasrama penuh. Ibarat kata duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Berikut merupakan senarai nama pelajar yang menyertai festival dan telah diberikan sijil penghargaan oleh Tuan Pengetua pada 28 Mac 2016 (Isnin) di Dataran Patriotik

1. Adisak a/l Bun Ling (5 Sains)  telah mendapat pingat gangsa dalam Mathematic Competition

2. Muhammad Isyraf b. Hasri ( 4 Sains) telah mendapat pingat gangsa dalam Science Competition

3. Nur Farhana bt Rosli ( 4 Sains) telah mendapat pingat gangsa dalam Mathematic Competition

4.Irfan Shafiq bin Khairulhisham ( 2KPG) telah mendapat pingat gangsa dalam Spelling Bee Competition

5.Ramadevi a/p Ganesan (3C) telah mendapat pingat emas dalam Speech Competition (lower secondary)

6.Nur Zulaikha bt Zahari (5 Sains) telah mendapat pingat emas dalam Speech Competition ( Upper secondary)

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengharumkan nama SEMSIRA