Pelancaran Program Guru Penyayang dan Program Mentor Mantee 2015

Pelancaran Program guru penyayang dan Program Mentor Mantee 2015, dikendalikan oleh Kaunselor, telah dijalankan pada hari Isnin, 16 Februari 2015 di Dataran Patriotik. Pelancaran dirasmikan oleh Tuan Pengetua Smk Syed Sirajuddin, En. Hakimi bin Abas. Untuk program guru penyayang, seramai 12 orang pelajar yang lahir dalam bulan Februari dipilih untuk mengambil hadiah harijadi, manakala 4 orang guru yang dilahirkan dalam bulan Februari diraikan bersama-sama iaitu Pn. Basariah, Pn. Rosidawati, Cik Oui Siew Aim dan Pn. Nooralisa.

Dibawah program Mentor Mantee, para guru diberikan fail yang mengandungi senarai nama mantee dan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan. Sebagai permulaan, mentor dikehendaki menyerahkan borang peribadi kepada mantee dibawahnya dan menjalankan aktiviti yang pertama bersama-sama.