Sempena Bulan Ramadhan , Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa Aktiviti Ihya’ Ramadhan, antaranya ialah Pelancaran Tabung Mahabbah yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada 30 Jun 2014, (Isnin). Aktiviti ini dijalankan di Dataran Patriotik pada jam 7.40 pagi. Tabung ini sebenarnya adalah untuk menggalakkan amalan sedekah di kalangan pelajar khususnya di Bulan yang mulia ini. Hasil kutipan yang diperolehi akan dibahagikan sama rata di kalangan pelajar-pelajar miskin sebelum menjelang hari raya nanti.