Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 telah dijalankan pada 23 Januari 2014. Majlis pemberian bantuan tersebut telah diadakan pada jam 11.30 pagi di Dewan Terbuka dan dimulai dengan ucapan pengacara majlis, diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya sedikit taklimat berkaitan dengan sarana Ibubapa. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua, En. Hakimi bin Abas dan diakhiri dengan ibubapa bersama-sama dengan guru tingkatan masing-masing bergerak menuju ke kelas anak masing-masing. Di dalam kelas pula, Guru Tingkatan selaku setiausasha sarana ibubapa telah membuat perlantikan untuk AJK sarana ibubapa.Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 2.00 petang.
