PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2014

Selamat Datang kepada semua pelajar Tingkatan 1 ke SMK Syed Sirajuddin.  Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah diadakan pada 1/1/2014, hari Rabu, bertempat di Dewan Merdeka SEMSIRA. Seawal pagi, para  ibubapa serta pelajar Tingkatan 1 telah mengambil tempat di Dewan Merdeka. Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan bacaan doa diikuti dengan  ucapan Aluan Pengerusi Majlis. Seterusnya, diikuti dengan Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah, yang disampaikan oleh Pn. Sabariah bt Abu Bakar, Setiausaha PBS Menengah Rendah. Kemudian, majlis diteruskan dengan Taklimat OPs English oleh Pn. Sen Yen Lee, Jurulatih Ops English SEMSIRA , diikuti dengan Ucapan Tuan Pengetua, En. Hakimi Bin Abas. Selesai ucapan yang diberi, para ibubapa mendaftarkan anak masing-masing di kaunter yang disediakan.  Majlis Pendaftaran ditamatkan pada jam 11.30 pagi.