Selayang Pandang

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Saya ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan yang baharu tahun 2020. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja SEMSIRA kerana telah berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan 2019 yang lalu. Kerja buat warga SEMSIRA adalah seiring dengan slogan “1 Haluan, Sehaluan”

Sebagai peneraju organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2020 semua warga SEMSIRA akan dapat bersama-sama menggembleng tenaga dalam melaksanakan apa-apa jua program dan aktiviti yang dirancang. Bertepatan dengan slogan sekolah,’MUAFAKAT SEMSIRA, BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN’. Jadikanlah setiap perkara yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat yang akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan usaha murni kita ini dapat melahirkan lebih banyak modal insan kelas pertama di masa-masa akan datang. Amin.

                                                                               

“LOVE, HAPPINESS, MUTUAL RESPECT”               

Terima kasih. Wassalam.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………

(HAKIMI BIN ABAS)

PENGETUA,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED SIRAJUDDIN,

JEJAWI, 02600 ARAU, PERLIS.