Pengurusan Kelas
PENGURUSAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
1. Guru-guru diminta menggunakan dakwat hitam untuk mengisi Jadual Kedatangan Pelajar.
2. Jangan guna cecair pemadam untuk memadamkan kesalahan.
3. Guru-guru tingkatan dipohon meminta sesalinan kad pengenalan dan sijil lahir pelajar untuk rujukan mengisi butiran pelajar.
4. Borang Maklumat Pelajar diedarkan kepada pelajar sebagai rujukan dan akan dikutip semula untuk difailkan.
5. Guru-guru diminta memasukkan senarai yuran pelajar. Yuran Majalah dan PIBG hanya diterima daripada adik pelajar jika pelajar mempunyai abang atau kakak yang juga belajar di sekolah ini.
6. Guru-guru tingkatan perlu menanda kehadiran pelajar setiap hari. Ketua tingkatan akan diminta menyerahkan senarai kehadiran pelajar setiap hari kepada guru tingkatan. Jika guru tidak hadir, ketua tingkatan akan menyerahkan senarai kehadiran kepada penyelaras tingkatan untuk diisi.
7. Surat Amaran Ponteng bagi pelajar yang ponteng berturut-turut dan berkala mesti diisi. Bagi Surat Amaran 1(Pertama), sila isi dalam dua salinan dan ditandatangani oleh guru tingkatan.
8. Senarai semak penghantaran surat amaran ponteng mesti dilengkapkan. Surat Amaran 2 (Kedua) dan Surat Amaran 3 (Terakhir) diisi dalam dua salinan dan ditandatangani oleh PK HEM. Surat Pemberitahuan Buang Sekolah perlu diisi dalam empat salinan dan ditandatangani oleh Pengetua.
9. Jadual Kedatangan Pelajar mesti ditutup dan retan mesti dihantar ke pejabat pada setiap hujung bulan.
10. Tarikh akhir menyiapkan Jadual Kedatangan Pelajar ialah pada akhir bulan Januari
PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
1. NOMBOR DAFTAR PELAJAR
Setiap pelajar mempunyai nombor pendaftarannya di sekolah ini. Nombor ini boleh didapati:
a) daripada Jadual Kedatangan Pelajar tahun lepas.
b) Buku Pendaftaran Pelajar
Sekiranya tiada atau melibatkan pelajar baru, guru hendaklah mendapatkan nombor ini dengan mengisikan nama pelajar dan butir-butir lain ke dalam buku Pendaftaran Pelajar
(Nota : segala butir diri di dalam Buku Pendaftaran Pelajar hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun.)
2. BUTIR DIRI PELAJAR
2.1 Semua butir diri pelajar hendaklah dipenuhkan. Alamat dan nombor telefon pelajar (ibu bapa/penjaga) ditulis dengan pensel.
2.2 Masukkan senarai yuran pelajar. Yuran Majalah dan PIBG hanya diterima daripada adik pelajar jika pelajar mempunyai abang atau kakak di sekolah ini.
2.3 Catatkan sama ada pelajar itu menerima biasiswa pada ruang catatan di belakang Jadual kedatan pelajar.
3. SUSUNAN NAMA PELAJAR
Hendaklah disusun mengikut abjad (lelaki campur perempuan/ jangan diasing mengikut jantina)
3.1 Nama pelajar hendaklah ditulis sepenuhnya.
Contoh : MUHAMMAD ALIFF BIN ASRI bukan MD ALIFF BIN ASRI
CHRISTINA HO LEE CHER bukan CHRISTINA HO
3.2 Nama pelajar hendaklah ditulis dengan huruf besar
4. TANDA-TANDA YANG DIGUNAKAN DALAM JADUAL KEDATANGAN
Sila gunakan tanda-tanda berikut:-
4.1 Hadir – Untuk pelajar yang hadir……………………………………..( / )
4.2 Tidak hadir – Untuk pelajar yang tidak hadir tetapi ada surat akuan/surat doktor atau diakui ibu bapa/penjaga………………… ..( S )
4.3 Tidak hadir dengan kebenaran – Untuk yang tidak hadir dengan kebenaran pihak sekolah atau menyertai aktiviti sekolah………… ( K )
Pelajar ini dikira hadir ke sekolah
4.4 Ponteng :
– Untuk yang tidak hadir berturut-turut atau berkala dan tidak ada surat
doktor atau ibu bapa/penjaga……………………………………….( P )
– Ditulis pada hari surat amaran ponteng pertama dihantar………( AP )
– Ditulis pada hari surat amaran ponteng kedua dihantar…………( AK )
– Ditulis pada hari surat amaran ponteng terakhir dihantar………..( AT )
4.5 Lewat – Untuk pelajar yang datang lewat ……………………………( L )
Pelajar ini dikira hadir ke sekolah
4.6 Gantung sekolah – Untuk pelajar yang digantung persekolahan kerana kes disiplin……………………………………………………………….( G )
4.7 Buang sekolah – Untuk pelajar yang dibuang sekolah…………………………………………………. Buang Sekolah
4.8 Berpindah sekolah – Untuk pelajar yang berpindah sekolah…………………………………………………..Berpindah Sekolah
4.9 Berhenti sekolah – Untuk pelajar yang berhenti sekolah…………………………………………………..Berhenti Sekolah
5. CARA MENGIRA
5.1 Purata Kedatangan = Jumlah Pelajar
Jumlah Hari Belajar dalam bulan
5.2 Peratus Kedatangan = Jumlah Kedatangan X 100%
Jumlah Sebenar Kedatangan Pelajar
a) Bagi purata kedatangan pelajar, tidak boleh ditulis dalam perpuluhan tetapi hendaklah dijadikan nombor bulat pada unit yang terhampir. Contoh : 29.7 adalah 29
b) Peratus kedatangan hendaklah ditulis pada satu tempat perpuluhan sahaja.
Contoh : 98.66% adalah 98.7%
6. KEMASUKAN PELAJAR BARU / PEMOTONGAN NAMA PELAJAR
6.1 Pastikan surat kebenaran masuk daripada JPN ada sebelum memasukkan nama pelajar baru.
6.2 Pemotongan nama pelajar mesti mendapat kebenaran PK HEM. Tunjukkan sama ada pelajar berhenti sekolah, dibuang sekolah atau berpindah sekolah pada tarikh penguatkuasaan tersebut (tarikh PK HEM memberikan arahan).
Isikan juga sebab-sebab pelajar keluar dan tarikhnya pada ruang belakang jadual kedatangan.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU ADA DALAM JADUAL
KEDATANGAN PELAJAR
1. Poket untuk surat-surat dilekatkan di belakang jadual kedatangan pelajar.
2. Jadual penghantaran surat amaran mengikut bilangan hari dilekatkan pada poket.
3. Contoh tanda-tanda yang digunakan untuk menanda kehadiran pelajar.
4. Sijil surat sakit, surat ibu bapa dan keratan jawapan surat amaran ponteng dimasukkan ke dalam poket.
5. Penyata bulanan mengikut bangsa.
6. Butir-butir yuran pelajar.
7. Butiran pelajar.
PERKARA –PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH GURU TINGKATAN
1. Membawa jadual kedatangan pelajar keluar dari pejabat setiap hari.
2. Menanda kedatangan lewat/ selepas pukul 9.00 pagi atau membiarkan jadual kedatangan tidak bertanda selama beberapa hari.
3. Meminta pelajar menanda jadual kedatangan pelajar.
4. Mengguna cecair pemadam.
5. Membiarkan butiran pelajar dan sebagainya tidak lengkap sehingga akhir tahun.
6. Melengah-lengahkan penghantaran surat amaran ponteng mengikut jadual walaupun pelajar didapati tidak hadir ke sekolah dan perlu dihantar surat amaran ponteng.
7. Tidak menunjukkan pelajar dibuang, berpindah atau berhenti sekolah pada tarikh sebenarnya pada ruang catatan sebab-sebab meninggalkan sekolah sedangkan jumlah pelajar berkurangan/ ada pelajar keluar pada bulan tersebut.
8. Meminda butiran bagi bulan terdahulu setelah masuk bulan yang lain dan reten telah dihantar/ dimasukkan ke dalam data JPN. ( * bagi jumlah pelajar)
9. Memotong nama pelajar berdasarkan ‘dengar cakap’ tanpa merujuk kepada PK HEM terlebih dahulu.
Sebarang pemotongan nama pelajar mesti mengikut prosedur penghantaran surat amaran ponteng terlebih dahulu bagi kes pelajar tidak hadir ke sekolah.
PENGURUSAN KELAS
1. Guru kelas memilih sendiri Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, setiausaha dan bendahari kelas. AJK lain dipilih oleh pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut.
2. Meja dan kerusi pelajar diatur satu-satu di dalam kelas. Kerusi diangkat dan diletakkan di atas meja pada akhir PdP waktu terakhir.
3. Jadual waktu kelas dilekatkan pada pintu kelas.
4. Papan kenyataan kelas mesti mempunyai ruang untuk mempamerkan bahagian umum di sudut kanan bahagian hadapan kelas.
5. Pamerkan struktur organisasi kelas, jadual tugas, pelan kedudukan murid, peraturan kelas dan senarai nama murid di sudut kiri hadapan kelas.
6. Borang pengesanan ponteng pelajar (Borang Ketekalan Kehadiran) mestilah diisi oleh semua guru mata pelajaran.
7. Guru kelas mesti mengisi borang inventori dan melaporkan sebarang kerosakan di kelas kepada bahagian pentadbiran.
8. Pastikan murid-murid beratur ketika ke makmal atau ke bengkel.
9. Pastikan kelas bersih sebelum memulakan PdP.