Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2016

m

Pada 23 Mei sehingga 26 Mei 2016 telah diadakan Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2016 di Pusat Kokurikulum Daerah Padang Terap, Kedah.

Seramai 8 orang pelajar Semsira telah terpilih mewakili Kontinjen Perlis yang berjumlah 40 orang peserta ke perkhemahan tersebut.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah ikhtiar hidup, orienteering dan berakit menyusuri Sungai Pedu sejauh 15 km.

Pengalaman para pelajar ketika perkhemahan ini adalah amat menyeronokkan dan memberi semangat yang baru kepada mereka. Melalui perkhemahan ini, mereka membina keyakinan diri serta membentuk kerjasama yang bersepadu bersama rakan-rakan dari sekolah dan negeri lain.

Pencapaian pelajar Semsira di perkhemahan ini adalah :

Johan Berakit

1. Nur Aina Marwan (4B)

2. Nurul Fitriah Ahmad (4A)

Naib Johan Berakit

1. Muhammad Alif Fitri Zairul Anuar (4C)

2. Sulaiman Adam (4E)

Johan Ikhtiar Hidup

1. Nur Zaid Adi Noor Azizam ( 4D)

2. Muhammad Shafiq Ismail ( 4C)

3. Nur Najwa Harmisha Jamil (4B)

Naib Johan Ikhtiar Hidup

1. Abdul Fattah Assalam Zulkarnain (4D)

Diharapkan semoga lebih ramai pelajar Semsira yang dapat menyertai aktiviti pendidikan luar seperti  ini seterusnya membawa nama baik sekolah ke peringkat lebih tinggi.

Laporan disediakan oleh :

 PN KU AHIMISUHAINI BINTI KU AHMAD