Pertandingan Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Negeri Perlis 2017

Seramai 8 orang pelajar SMK Syed Sirajuddin telah menyertai Pertandingan Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Negeri Perlis 2017 yang diadakan di Dewan Semarak, UITM Arau, Perlis. Pertandingan berlangsung pada 25 Januari 2017(Rabu) dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Daripada 8 orang peserta SMK Syed Sirajuddin, 4 orang telah menyertai kuiz olimpiad kategori Matematik dan 4 orang lagi menyertai kuiz olimpiad kategori Sains.

Tahniah dan syabas kepada dua orang peserta SMK Syed Sirajuddin yang masing-masing telah memenangi sijil gangsa kategori Matematik iaitu
1. Mina Suwanno a/p Ai Wong
2. Nur Farhana bt Rosli