Program 1 Meter Sehati Sejiwa adalah merupakan salah satu program Panitia Pendidikan Seni Visual di bawah Jabatan Kemanusiaan sempena Bulan Kemanusiaan. Program disertai oleh para pelajar yang terdiri daripada Pendidikan Khas, Tingkatan 1, 2, 4 dan 6. Para pelajar dibenarkan membentuk kumpulan sendiri dan diberikan 1 meter kain putih untuk melukis poster berkaitan dengan hari kemerdekaan. Mereka diminta melukis dan mewarnakan poster mengikut kreativiti masing-masing. Program ini berlangsung pada 30 Ogos 2016 ( Selasa) dan direntangkan kain-kain putih yang telah dijahit pada 2 September 2016.
