Program Bengkel Amali Solat 2016

 

 

 

Program Bengkel Amali Solat telah dijalankan pada 18 Ogos 2016/15 Zulkaedah 1437 (Khamis), bertempat di Surau Annah, SMK Syed Sirajuddin. Bengkel amali solat dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan dihadiri oleh semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 3E. Bengkel Amali Solat ini bermula dengan pendaftaran pelajar pada jam 7.40 pagi, diikuti dengan Majlis Perasmian Bengkel Amali Solat oleh Tn Pengetua, ceramah Motivasi yang bertajuk Solat Tiang Agama oleh Ustaz Rohisyam bin Abidin (Penyelia Dakwah & Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, JPN Perlis), amali wudhuk, tasmik bacaan-bacaan dalam solat, solat zohor berjemaah , wirid selepas solat dan diakhiri dengan pemilihan peserta terbaik Bengkel Amali Solat ( Lelaki dan Perempuan). Bengkel amali solat tamat pada jam 2.45 petang.