Program Jom Kacau Buboq Syura merupakan salah satu aktiviti untuk lepasan PT3 yang sering kali dijalankan setiap tahun. Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan BKG ini dijalankan pada 9 November 2016 (Rabu) bermula pada jam 7.40 pagi sehingga jam 1.00 petang. Semua guru, staff dan pelajar PT3 bergotong royong menyiapkan bubur Asyura dengan penuh semangat kerjasama.