Program kecemerlangan pelajar untuk Tingkatan 1, 2 & 4 telah dijalankan di Hotel Sri Garden pada 7 November sehingga 9 November 2014. Program ini merupakan program di bawah Unit HEM Semsira dan dianjurkan oleh Felcra. Seramai 80 pelajar iaitu 40 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan telah menyertai program ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi di kalangan pelajar.