Program Khidmat Masyarakat, Anjuran Kokurikulum telah dijalankan pada 13 November 2013, hari Selasa di Masjid Assyakirin Kg. Oran. Seramai 80 orang pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dan 10 orang guru terlibat dalam program ini. Rombongan khidmat masyarakat SEMSIRA disambut oleh Mantan Pengetua, En. Zainol Abidin bin Ahmad selaku AJK Pembangunan masjid. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan di dalam dan di luar masjid bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.