Program (LDP) & Gotong Royong Surau An-Najah 2015.

 

 

 

Program Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) telah dijalankan pada 15/8/15 (Sabtu) bersamaan 30 Syawal Tahun 1436 di surau. An-Najah SMK Syed Sirajuddin. Program dimulakan dengan semua guru mengerjakan solat Dhoha berjemaah yang diimami oleh Ustaz Mohammad bin Abd Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Perlis pada jam 8 pagi. Program diteruskan dengan ceramah daripada Ustaz Mohammad yang bertajuk ‘Kerja Sebagai Satu Ibadah’. Selesai mendengar ceramah, para guru bergotong royong membersihkan kawasan surau dan meneruskan kerja mencantikkan kawasan surau. Program tamat pada jam 11 pagi.