Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & 4 Tahun 2015

        Program Orientasi Tingkatan 1 dan 4, anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling, telah dijalankan pada 12 Januari 2015(Isnin)  sehingga 14 Januari 2015(Rabu) di Dewan Terbuka (Tingkatan 1) dan di Dewan Tertutup ( Tingkatan 4).   Program bermula pada jam 7.40 pagi sehingga 2.45 petang hari Isnini dan Selasa, manakala pada  hari Rabu program berakhir pada jam 10.20 pagi.

           Untuk Orientasi Tingkatan 1, aktiviti-aktiviti yang dijalankan merangkumi taklimat Minggu Orientasi & Ice Breaking, Pusat Sumber, Koperasi, Biasiswa, Penataran PBS,  Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya, dan Disiplin. Pelajar juga diberi taklimat berkaitan sekolah oleh PK Pentadbiran, Kokurikulum oleh PK Kokurikulum. Para pelajar diajar menyanyikan lagu sekolah yang dikendalikan oleh En. Razali. 

           Untuk Orientasi Tingkatan 4, para pelajar diberi taklimat berkaitan Disiplin dan Kekemasan Diri, SPM, BM, Bi, dan Sejarah.

                Kedua-dua orientasi berakhir dengan pengurusan bilik darjah bersama Guru Tingkatan.