TARIKH : 25, 26 dan 27 Oktober 2017
TEMPAT : Kuala Lumpur dan Melaka
AKTIVITI :
- Merasai keunikan “Sate Kajang Haji Samuri”
- Kayuh Basikal berlampu di Stadium Kajang
- Keunikan Lampu ICT Shah Alam
- Career role play Kidzania
- Zoo Negara
- Menara Taming Sari
- Malacca River Cruise
- Muzium Samudera
- Bandar Hilir
KUMPULAN SASARAN : 20 Orang Murid Berkeperluan khas
OBJEKTIF :
- meningkatkan kemahiran sosial untuk berhadapan dengan masyarakat yang berbeza dari segi budaya dan tempat.
- memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam bidang sains alam sekitar.
- memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam bidang sains alam sekitar secara alami di tempat yang dilawati.
- memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan pelajar dengan melawati tempat-tempat bersejarah.
- membentuk sahsiah pelajar yang seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri pelajar secara menyeluruh.
- membentuk keyakinan diri pelajar dalam berhadapan dengan masyarakat berbeza budaya dan tempat.