Program Pertukaran Pelajar 2014

 

 

ARINA ANIS BT ALI YEON merupakan pelajar Tingkatan 3 di SMK Syed Sirajuddin yang telah dipilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar di bawah Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia pada bulan Disember 2014. Program ini merupakan satu program pembelajaran intensif yang dibiayai sendiri oleh beliau. Ianya dijalankan selama 6 hingga 8 minggu untuk pelajar yang berada di Tingkatan 3, 4 dan 5.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh adik Arina adalah tinggal bersama keluarga angkat di negara lain, menghadiri sekolah dan menghadiri kelas intensif bahasa atau budaya. Untuk mendapatkan tempat mengikuti program ini, adik Arina perlu menjalani temuduga disamping melepasi pelbagai kriteria iaitu pelajar mestilah belajar di tingkatan 3, 4 atau 5, mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan di peringkat sekolah, aktif di dalam aktivit kokurikulum, mampu berdikari, boleh berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris dan bersifat terbuka. SMK Syed Sirajuddin berharap pada tahun-tahun akan datang, ramai pelajar yang terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar seperti adik Arina.