Majlis Program Wakaf Buku telah dilancarkan pada 4 April 2016 (Isnin) pada jam 7.30 pagi di Dataran Patriotik. Program Wakaf buku dilancarkan bagi menggalakkan para pelajar SEMSIRA, para guru, staf sokongan sekolah, kakitangan swasta menyumbang bahan-bahan bacaan yang lama mahupun yang baharu kepada Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah penjimatan perbelanjaan pada masa sekarang.
Amalan yang baik hendaklah dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh rakan-rakan dan kakitangan lain dalam sesebuah organisasi.
Majlis dilancarkan oleh Tuan Pengetua, En Hakimi bin Abas sebaik sahaja selesai memberi ucapan. Majlis pelancaran diakhiri dengan Tuan Pengetua menerima buku yang diwakafkan kepada Pusat Sumber Sekolah daripada guru-guru SEMSIRA, staf sokongan sekolah, Badan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.