PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

 

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (PUSAT SUMBER SEKOLAH)
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah            bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber, guru dan pelajar sekolah.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK        Kurikulum sekolah.
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang                  dan  kemaskini.
5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan                Pusat  Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan                   pembelajaran.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan        ilmu.
7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program              latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran            berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan                                  Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program              Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber sekolah
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah                  Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat            Sumber Sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,                    program dan aktiviti serta kewangan Pusat sumber sekolah.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya        Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN              pada bulan Oktober setiap tahun.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa          ke semasa