Senarai Tugas Unit HEM

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BADAN PENGAWAS DAN KEPIMPINAN PELAJAR

Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya sekali sepenggal.
• Memanggil pengawas untuk taklimat disiplin semasa / nasihat ke arah peningkatan sahsiah dan pengawasan pengawas.
• Merancang dan menyusun aktiviti Badan Pengawas sepanjang tahun.
• Menyusun jadual tugas pengawas bertugas di sebelah pagi dan petang.
• Bertanggungjawab dan tidak cuai terhadap tugas.
• Boleh bertindak menghukum pelajar yang melakukan salah laku disiplin mengikut surat kuasa mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan.
• Memanggil dan menasihat pelajar – pelajar yang melakukan kesalahan – kesalahan disiplin.
• Menyemak buku – buku laporan pengawas setiap minggu dan membuat syor – syor kepada sekolah tentang peraturan – peraturan sekolah.
• Membuat jadual / senarai pengawas bertugas semasa perhimpunan atau mengelolakan perhimpunan sekolah.
• Merancang aktiviti – aktiviti ke arah peningkatan Daya Kepimpinan Pengawas.
• Menerangkan peraturan – peraturan sekolah kepada murid, guru dan ibu bapa.
• Membuat pemeriksaan disiplin dari masa ke semasa – rambut, kasut, baju, kaki seluar, fesyen, lencana dan kenderaan – kenderaan pelajar yang digunakan ke sekolah.
• Menyimpan rekod – rekod disiplin pelajar dalam buku catatan dan fail disiplin.
• Menjalankan kempen anti merokok dan anti dadah.
• Mengkaji perkembangan disiplin sekolah dan berusaha mengatasi masalah disiplin.
• Lain – lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan (HEM).

 

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BADAN DISIPLIN SEKOLAH

Bertanggngjawab terhadap jawatankuasa disiplin dan Lembaga Pengawas mengatur rancangan meningkatkan disiplin sekolah.
• Memanggil guru – guru jawatankuasa disiplin untuk mengadakan mesyuarat dan menyimpan minit – minit mesyuarat berkaitan. Mesyuarat perlu diadakan sekurang – kurangnya sekali sepenggal, nenilai semula dan membuat strategi.
• Menjadi rujukan dan menyelesaikan masalah disiplin SEBELUM sesuatu kes dibawa ketindakan Penolong Kanan (HEM).
• Bertugas mengedar kad – kad merit dan dimerit kepada jawatankuasa merit dimerit serta mengedarkan kad disiplin.
• Bertanggungjawab bersama – sama merancang dan mengedar senarai semak kepada Penyelia Kebersihan, Penyelia Anti Merokok / Dadah, Tugas – tugas Khas dan borang – borang merit dan dimerit.
• Mengumpulkan borang – borang senarai semak yang lengkap diisi untuk dianalisis.
• Bertanggungjawab dengan kerjasama jawatankuasa disiplin, mengumpul data – data, membuat rajah dan carta.
• Bertanggungjawab merancang dan mengedar borang soal selidik disiplin sekolah.
• Bertanggungjawab memanggil guru – guru jawatankuasa disiplin untuk bermesyuarat bila wujud sesuatu kes disiplin tergempar.
• Menyimpan rekod – rekod disiplin pelajar sebelum direkod oleh jawatankuasa merit dimerit.
• Merekod prestasi Budaya Sekolah.
• Menyelia segala program dan aktiviti berjalan lancar seperti dirancangkan.
• Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan (HEM) dari masa ke semasa.

 

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESIHATAN DAN RAWATAN PELAJAR

Memberi perhatian tentang hal ehwal kesihatan pelajar – pelajar berhubung dengan penyakit berjangkit. Menguruskan langkah – langkah yang sesuai seperti menghantar pelajar – pelajar berkaitan untuk mendapat rawatan atau meminta nasihat pihak berkuasa kesihatan dan perubatan.
• Menguruskan segala hal ehwal surat menyurat yang diperlukan oleh pihak berkuasa dan perubatan berhubung suntikan mencegah penyakit di kalangan pelajar – pelajar.
• Menguruskan hal – hal yang berkaitan dengan kesihatan diri.
• Menganjurkan penerangan atau ceramah berhubung dengan langkah – langkah mengawal penyakit merbahaya.
• Menyediakan ubat – ubatan yang diluluskan untuk rawatan kepada pelajar – pelajar kecederaan dan sebagainya yang ringan.
• Membantu guru bertugas untuk memberi rawatan kepada pelajar – pelajar yang mendapat kecederaan ringan atau lain – lain kecederaan atau kemalangan yang memerlukan rawatan sementara sebelum dibawa menemui doktor.
• Menyelenggarakan tempat rehat sementara untuk pelajar – pelajar yang sakit.
• Menyimpan rekod yang kemaskini mengenai hal – hal yang berkaitan dengan kesihatan.

 

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BIASISWA, KWAMP DAN BANTUAN KEWANGAN

 

• Menyediakan senarai pelajar – pelajar yang patut dicadangkan untuk mendapat kurniaan berbagai borang jenis biasiswa dan bantuan.
• Mengedarkan borang – borang biasiswa dan bantuan kepada pelajar – pelajar yang dicadangkan dan memungut kembali barang – barang untuk diproses.
• Mengambil tahu semua peraturan mengenai pentadbiran biasiswa dan bantuan juga memastikan semua urusan dibuat menurut peraturan.
• Memastikan supaya segala permohonan biasiswa dan apa – apa jua jenis bantuan dihantar kepada pihak yang berkenaan sebelum atau selewat – lewatnya pada tarikh tutup yang ditetapkan.
• Memberi perhatian kepada pelajar – pelajar yang tidak mendapat apa – apa kurniaan bantuan tetapi amat memerlukan bantuan dan mengemukakan kepada Pengetua untuk pertimbangan daripada sekolah yang berkenaan.
• Mengambil tahu mengenai pelajar – pelajar yang baru masuk dari sekolah menengah sama ada mereka pemegang biasiswa / bantuan dan cuba dapatkan pengesahan daripada sekolah yang berkenaan.
• Menguruskan perkara – perkara yang berkaitan dengan pemegang – pemegang biasiswa yang berpindah ke sekolah lain.
• Menyimpan rekod yang betul, sempurna dan kemaskini tentang pelajar – pelajar yang mendapat biasiswa / bantuan menurut tinkatan masing – masing.
• Menguruskan mengenai pengeluaran wang biasiswa oleh penuntut – penuntut.
• Menyediakan daftar murid – murid miskin / anak yatim yang memerlukan bantuan.
• Menguruskan bantuan hariannya, amal jariyah dan lain – lain bantuan kepada penuntut – penuntut miskin.
• Membuat kajian mengenai perbelanjaan harian kepada murid di sekolah dan melaksanakan langkah – langkah untuk mengatasi masalah penuntut – penuntut yang tidak dapat bahan yang mencukupi ketika di sekolah.

 

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Mengumpul dan menyimpan buku teks di tempat yang selamat.
• Menentukan buku – buku teks dalam SPBT dan ditandakan dengan cap rasmi dan kod.
• Menguruskan pengisian borang – borang SPBT.
• Menjaga keselamatan buku – buku.
• Mengedar buku – buku teks kepada guru – guru tingkatan pada awal tahun dan mengumpul semula untuk disimpan pada penghujung sesi persekolahan.
• Menyimpan rekod buku yang hilang dan rosak.
• Mengurus stok SPBT dan sistem fail.
• Menguruskan hapus kira.
• Menguruskan pentadbiran mengenai buku rujukan guru.
• Meneliti laporan / cadangan daripada ketua panitia mata pelajaran mengenai buku – buku terkini dalam pasaran yang hendak dimasukkan dalam SPBT.