Matlamat Kelab dan Persatuan

1. Membentuk perancangan yang rapi berkaitan sistem pengurusan aktiviti Persatuan dan Kelab agar dapat mewujudkan masyarakat pelajar yang terlatih, cergas dan bersatu padu agar dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pengekalan kecemerlangan sekolah.

2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan yang mampu mewakili sekolah dalam peringkat pertandingan- zon,negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3. Menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang manasabah dan terkawal.

4. Melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti kepimpinan pada masa hadapan.

OBJEKTIF:

1. Melatih para pelajar menjadi lebih aktif dan dinamik sesuai dengan arus pembangunan negara.

2. Memupuk semangat berkerjasama berpasukan dan perpaduan di kalangan pelajar .

3. Membolehkan para pelajar meyalurkan semangat cintakan sekolah dan tanahair melalui program-program terancang kokurikulum merentasi kurikulum.

4. Memberi latihan kepada para pelajar melalui pendedahan berkaitan:

– Perlembagaan dan Peraturan Persatuan/Kelab
– Kaedah Pengendalian Mesyuarat
– Pengurusan Kewangan Persatuan
– Tatacara Pengendalian Kursus, Seminar,Bengkel, Forum,Simposium dan Kolokium
– Teknik Penyampaian Ucapan
– Aspek Kepimpinan Dalam Persatuan/Kelab
– Pengurusan Lawatan Sambil Belajar, Pertandingan/Pameran Pendidikan.

Persatuan dan Kelab yang didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin

KELAB 1