Bengkel Guru Muda Mentor Mantee Add Math Kumpulan Sekolah Parlimen Arau 2019

Bengkel guru muda mentor mantee add math kumpulan sekolah parlimen arau 2019
di SMK Agama Arau.
Pelajar semsira terlibat 22 org.
Tarikh : 20 julai 2019
Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

Bengkel Mentor Mantee Matematik Tambahan (3472), kumpulan sekolah Parlimen Arau telah dijalankan pada  20 Julai 2019 (Sabtu), bertempat di SMK Agama Arau.

Bengkel ini dihadiri oleh 202 orang pelajar daripada sasaran 211 pelajar di bawah kumpulan sekolah Parlimen Arau, bengkel ini merupakan program yang kedua  dijalankan di bawah anjuran Panitia Matematik Tambahan Kumpulan Sekolah Parlimen Arau Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2019 selepas program teknik menjawab Matematik Tambahan yang diadakan di SMK Syed Ahmad pada 27 April 2019 yang lalu.

Pelaksanaan Bengkel :

  1. 202 orang pelajar akan dibahagikan kepada 30 kumpulan dan seramai 30 orang Guru Muda akan ditempatkan di 30 checkpoint.
  2. Setiap kumpulan akan bergerak ke check point yang berikutnya setelah 1 jam 15 minit. Guru Muda di setiap checkpoint akan membimbing ahli kumpulan menjawab soalan-soalan untuk setiap tajuk.