Tarikh: 17/10/19
Masa: 7.20 pagi -12.30 tghari
Perkara: Bengkel Speaking
Tempat: Dewan SMK Arau
Jemputan: Beberapa sekolah sekitar Negeri Perlis dan 10 orang pelajar SMK Syed Sirajuddin mendapat jemputan ke program tersebut.
Bengkel tersebut adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan dikelola oleh ikon PAK21 Datuk Hj Aznil bin Hj Nawawi bersama Fama Niaga. Diawal bengkel, para pelajar diperkenalkan dengan pelbagai nilai murni dan cara pembawakan diri yang harus dipraktikkan dalam tugas seharian. Setelah itu, para pelajar diberi peluang untuk memberi nasihat melalui kreativiti masing-masing. Para pelajar SMK Syed Sirajuddin memilih untuk memberi nasihat melalui lakonan. Hasil kreativiti para pelajar SMK Syed Sirajuddin memberangsangkan kerana berani mencuba meskipun persediaan dalam tempoh masa yang singkat. Syabas!