Festival Kejohanan Silat Seni Piala YAB Menteri Besar Perlis terbuka Perlis 2015.

 

Pasukan silat seramai 11 orang telah menyertai festival Kejohanan Silat Seni Piala YAB menteri besar Perlis terbuka Perlis 2015. Pasukan Semsria yang mewakili silat Panglima Ulung Negeri Perlis telah berjaya merangkul juara keseluruhan kerana berjaya merangkul 7 pingat emas, 6 pingat perak dan 3 pingat gangsa daripada 18 acara yang dipertandingkan. Dua orang daripada pesilat Semsira telah terpilih mewakili peringkat sukma pada tahun hadapan iaitu Mohd.Muqris b. Shahidan (4b) dan Rajiah Bt. Azmain (5d). Penyampaian hadiah telah diadakan pada 10 Ogos 2015(Isnin) di Dataran Patriotik SMK Syed Sirajuddin.