HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN, HARI KANTIN & HARI KOKURIKULUM TAHUN 2014

 

 

 

Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Kantin  dan Hari Kokurikulum Tahun 2014 telah diadakan pada 19 Jun 2014 (Hari Khamis) di Dewan Terbuka SMK Syed Sirajuddin. Majlis bermula dengan pendaftaran ibubapa/waris pada jam 8.00 pagi . Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Haji Hamdan Bin Bahari, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis. Ketibaan beliau disambut dengan persembahan silat oleh pelajar dan paluan kompang . Majlis diteruskan dengan  pemeriksaan perbarisan Kehormat Badan Beruniform SMK Syed Sirajuddin, laporan dan ucapan Tuan Pengetua Smk Syed Sirajuddin, ucapan perasmian oleh YB Speaker Dewan Undangan, persembahan pelajar, penyampaian hadiah dan jamuan.

Pada waktu yang sama berlangsungnya pameran Organisasi, IPT, Jabatan Kerajaan, Perniagaan dan Swasta serta Gerai jualan dan keushawanan.