Hari Pendaftaran Pelajar TIngkatan 1 bagi sesi persekolahan Tahun 2016 telah diadakan pada 1 Januari 2016 ( Jumaat) di Dewan Merdeka Semsira. Majlis dimulakan pada jam 9 pagi dengan bacaan Doa, Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Taklimat Pendaftaran oleh En. Mohd Nasir bin Abd Mutallip selaku Pk Hem. Majlis diteruskan dengan taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) oleh Pn Sabariah bt Abu Bakar selaku Setiausaha PBS Menengah Rendah dan ucapan Tuan Pengetua, En Hakimi bin Abas. Majlis diakhiri dengan pendaftaran pelajar dan pembelian buku dan alatan sekolah di Koperasi sekolah.