Hari Sukan Negara di raikan pada setiap Hari Sabtu Minggu ke Dua Bulan Oktober setiap tahun . Sambutan Hari Sukan Negara ini melibatkan sektor awam , swasta dan rakyat secara serentak diseluruh negara.
Justeru itu warga sekolah Menengah Syed Sirajuddin juga mengambil langkah yang sama dengan mengadakan Program Hari Sukan Negara di peringkat sekolah serentak dengan sektor yang lain pada 10 Oktober 2015 .
Bermula jam 7.30 pagi, semua warga sekolah berkumpul di Tapak Perhimpunan . Program di mulakan dengan taklimat berkenaan Program 10 000 langkah oleh En Azmi Saad, Setiausaha Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari tersebut. Warga Sekolah juga di beri taklimat berkaitan laluan 10 000 yang akan di lalui oleh setiap warga sekolah.
Tepat jam 8.00 pagi semua warga sekolah mengadakan senaman memanaskan badan (warm up) dengan di ketuai oleh En Azmi Saad. Program diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang di pimpin oleh 3 orang pegawai daripada Persatuan Joggers Perlis. Selesai sahaja aktiviti senamrobik, pada jam 9.00 pagi semua warga sekolah berkumpul di Tapak Perhimpunan untuk menjalankan aktiviti Berjalan Kaki 10 000 langkah . Aktiviti ini diketuai oleh Tuan Pengetua En Hakim Bin Abas, Penolong Kanan Kokurikulum Pn Natrah Binti Kassim, Penolong Kanan Pentadbiran En Ahmad Mahiyidin Bin Mohamad ,Penolong Kanan HEM En Nasir Bin Abdul Muttalip , PIBG , Jawatankuasa Kampung, Guru guru dan juga Pelajar pelajar. Pelepas bagi Program Jalan Kaki 10 000 langkah ini ialah En Faiz Bin Musa ( Atlit Angkat Berat Malaysia )
Selepas Aktiviti Berjalan 10 000 Langkah selesai, semua pelajar berkumpul di kantin untuk minum pagi. Tepat jam 10.30 pagi semua pelajar berkumpul di Dewan Terbuka untuk aktiviti Kuiz Kesihatan yang dikendalikan oleh Tuan Syed Lokman Hakim.
Bilangan Penglibatan Warga Sekolah Dalam Program Hari Sukan Negara 2015 :
Bilangan Kategori Jumlah
1 Guru 98 orang
2 Pelajar 750 orang
3 PIBG 16 orang
4 Jawatankuasa Kampung (JKK) 6 orang
5 Kakitangan Sekolah 19 orang
JUMLAH KESELURUHAN
889 orang
Program Hari Sukan Negara berakhir pada jam 12.00 Tengahari
Disediakan oleh Pn Nurhafeezah Binti Muhamad